Thursday 21 November 2013

Sesi Katibah (15/11/2013)

Julung kalinya Usrah Ukhuwah berkesempatan untuk menyertai katibah bersama sebuah lagi group usrah yang dipimpin oleh Sdr Fuad Sarun (Ikram Sepang). Bagi para pembaca blog ini, katibah adalah satu program pembangunan rohani dengan cara menghidupkan malam dengan segala aktiviti kerohanian. Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku sepanjang katibah kali ini, sila rujuk jadual aktiviti berikut:

10:00PM - Ketibaan peserta katibah. Dimulakan dengan sesi ta'aruf yang dipimpin oleh Sdr Fuad Sarun. Sesi ta'aruf diadakan kerana katibah ini adalah gabungan 2 group usrah dan mungkin ada yang belum mengenali antara satu sama lain.

Selepas itu bermula sesi ibrah daripada Surah Al-Kahfi. Surah ini dipilih kerana ianya general dan sesuai untuk dibincang bersama dua group usrah berlainan level ini. Antara kupasan menarik daripada surah ini adalah:

i. Kita disarankan mengucapkan Insya-Allah apabila merancang atau berjanji. Pastikan penggunaan kalimah ini bertepatan dan bukan disalahgunakan seperti kebiasaan budaya kita. Maksud Insya-Allah adalah "dengan kehendak Allah". Awasi diri daripada menggunakan kalimah ini dengan membawa maksud "aku tak janji" atau "tengoklah macam mana keadaan.."

ii. Kisah di dalam Alkahfi berkenaan sekumpulan yang pergi ke gua kerana protes membawa maksud kita harus bertindak dan melawan segala keadaan yang tidak islamik.

iii. Bergantung harap hanya pada Allah dan jangan sesekali berputus asa mengharap hanya kepada-Nya.

11.30PM - Merehatkan diri dengan cara tidur.

4.30AM - Bangun tidur dan qiyamullail diimamkan oleh Sdr Fuad Sarun.

6.00AM - Solat Subuh berjemaah di Surau Al-Furqan, Taman Sri Serdang.

Selesai solat subuh, kami semua duduk semula dan Sdr Fuad Sarun berkongsi beberapa kisah mengenai kehebatan bangun awal pagi. Tuhan telah menciptakan malam untuk berehat dan tidur. Siang pula untuk bekerja mencari rezeki. Awal pagi merupakan masa yang cukup tenang, sungguh bagus jika diisi dengan amal ibadah.

7.30AM - Sesi Katibah berakhir dengan sarapan pagi. Terima kasih kepada YDP Ikram Sepang kerana sponsor sarapan pagi kami.


**ditulis oleh Sdr Bonai.

No comments:

Post a Comment