Mengenai Kami


Usrah Ukhuwah adalah gabungan inisiatif beberapa organisasi yang merasakan keperluan dakwah, kesatuan fikrah, dan perkembangan ilmu itu penting bagi anak muda. Kehadiran usrah ini akan memberi impak kepada para ahli di mana kesemuanya memaksimumkan potensi diri melalui sesi-sesi yang dijalankan. Menyedari kewujudan pelbagai anasir seperti teknologi dan hiburan yang lebih mudah memikat dan melalaikan anak muda, Usrah Ukhuwah tampil memberi alternatif pendidikan ilmiah dan cara hidup melalui pendekatan berbeza. Bulatan usrah ini menerapkan elemen kreativiti dan inovasi seterusnya menjadikan ia bulatan usrah yang paling menarik serta memberi manfaat. Semoga usaha ini diberi kekuatan untuk terus istiqamah dan menghasilkan generasi-generasi penggerak yang komited terhadap cara hidup Islam, dakwah dan kemasyarakatan.


#Butiran Usrah Ukhuwah

Setiap Rabu
9.00 Malam
790, Jalan 18/2B,
Taman Sri Serdang.
Tel: 0166390015

usrahukhuwah@gmail.com
usrahukhuwah.blogspot.com
twitter: @usrahukhuwah

Naqib tetap bagi Generasi 1:

1. Abdul Muiz Shafruddin
2. Ahmad Husni Mohd Ali

#Projek Usrah Ukhuwah


Usrah Ukhuwah terlibat secara langsung dalam pembikinan projek/program berikut:

1. Siri Jelajah Uptown 4 Syria

- Program ini adalah kerjasama bersama Youth Change Movement, JKPU Ikram Sepang dan Ikram4Syria yang bermula pada Oktober 2013. Misi projek ini adalah untuk membuat kutipan amal khas bagi rakyat Syria yang tertindas dengan melakukan jelajah ke seluruh Uptown dan Downtown yang terdapat di sekitar Lembah Klang.

**Projek ini masih berlangsung.